Garam Buluh vs Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor/pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.

Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Rawatan menggunakan Garam Buluh

Garam buluh mengandungi 76 mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Bagi mengurangkan dan mengawal tekanan darah tinggi, dua mineral yang dikenalpasti adalah Potasium dan Sulfur. Kandungan bagi kedua-dua mineral ini adalah tinggi di dalam Garam Buluh, iaitu 0.589 dan 0.121 mg/L.

Potasium ~ Potasium (Kalium) membantu dalam masalah pengecutan otot dan mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit dalam sel-sel badan. Potasium (Kalium) juga penting dalam penghantaran impuls saraf serta melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa Metabolisma. Kalium berfungsi untuk meningkatkan tenaga dan mempercepatkan gabungan gula, hati dan protein. Natrium merupakan musuh kepada penyakit tekanan darah tinggi.  Apabila pengambilan Natrium berlebihan, Kalium akan menyingkirkan Natrium keluar daripada badan. Jika sebaliknya berlaku, fungsi Kalium akan menurun. Tanda-tanda kekurangan kaliaum adalah berlakunya pengecutan otot dalam jantung dan sistem pernafasan, ketidakhadaman, sakit kepala, mual, muntah, cirit birit dan mudah pemarah.

Sulfur ~ Ia membuang kekotoran dan membersihkan darah, oleh itu mengurangkan tekanan darah tinggi. Ia merupakan mineral utama dalam penggabungan protein.  Selain itu, Sulfur juga membantu dalam penghasilan hormon dan pengaktifan vitamin, juga meneutralkan kesan dadah dalam badan.  Ini dapat membantu menghalang daripada serangan virus. Sulfur juga adalah faktor utama dalam pembentukan insulin dan bendalir dalam pundi hempedu. Kekurangan sulfur akan menyebabkan badan menjadi lemah, berlakunya masalah penghadaman dan halangan dalam pertumbuhan.

Bagi penghidap hipertensi, adalah dinasihatkan mengambil setengah atau satu peket minuman garam buluh sehari. Rendaman kaki juga boleh dibuat bagi mengurangkan tekanan. Sebaiknya elakkan penggunaan garam biasa dalam masakan dan beralih sepenuhnya kepada penggunaan garam buluh.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s